Tajaan berbuka di Gaza

Apakah yang anda faham mengenai food security?

Menurut United Nations Committee on World Food Security, food security dikategorikan kepada 3 asas iaitu ketersediaan makanan, kestabilan dan akses kepada makanan.

Ini bermaksud seseorang itu mempunyai jaminan makanan sepanjang masa, mempunyai akses ekonomi dan fizikal untuk mendapatkan makanan yang cukup, selamat dan berkhasiat.

Food insecurity pula bermaksud sebaliknya.

Alhamdulillah. Sekali lagi MyCARE menyantuni keluarga-keluarga di Gaza yang berada dalam kategori ‘food insecurity’.

Projek Tajaan Iftar dijalankan selama 5 hari berturut-turut sepanjang bulan Ramadan hasil sumbangan rakyat Malaysia dalam kempen MyRamadan.

Para penyumbang telah menaja 690 Pek Makanan Berbuka kepada 69 buah keluarga yang tiada jaminan makanan (food insecurity) dengan anggaran penerima manfaat seramai 500 orang.

Pihak MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penyumbang kempen MyRamadan 2020.

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” Riwayat Al-Tirmizi (807).

Sepuluh tahun menganjurkan kempen MyRamadan, kami telah menerima pelbagai anugerah termasuk dari Bank Negara Malaysia, SSM, United Nation dan banyak lagi. Kami juga di AUDIT oleh top 5 firma audit terbaik dunia.

Jom pulun gandaan pahala dengan bersedekah kepada yang memerlukan di:
https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Ramadan dan di musim COVID-19 ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk