Penyaluran pek makanan ke Shuja’ia & Al-Shati

Nama Malaysia dikenali di bumi Gaza.
Insya Allah nama penyumbang dikenali penghuni langit.

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Apabila Allah SWT cintakan seorang hamba, Dia akan memanggil Jibril dan berkata sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka hendaklah kamu mencintainya. Maka Jibril cintakan si fulan itu.

Kemudian Jibril menyeru malaikat di langit dengan katanya ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan itu, maka hendaklah kamu semua mencintainya. Maka seluruh penghuni langit akan mencintainya. Lalu dijadikan rasa penerimaan (cinta kepada si fulan itu) kepada penghuni bumi,” – Sahih Bukhari dan Muslim.

Insya Allah dengan berkat sedekah dan ihsan sesama saudara Muslim yang memerlukan, kita diredhai dan dicintai Allah serta penghuni langit dan bumi. Amalan bersedekah juga adalah amalan yang sangat dicintai Nabi, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Terima kasih kepada para penyumbang kempen MyRamadan 2020. Penyaluran sumbangan di Gaza diteruskan di kem pelarian Al-Shuja’ia dan Al-Shati. Mereka ini antara golongan termiskin di Gaza.

Jom pulun gandaan pahala dengan bersedekah kepada yang memerlukan di:
https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Ramadan dan di musim COVID-19 ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk