Program ‘Psychosocial with Refugees’

Pengalaman kami sewaktu menyantuni anak-anak pelarian sebelum ini, rata-rata mereka tidak mempunyai cita-cita seperti anak-anak kita yang bersekolah. Malahan, mereka tidak tahu mahu jadi apa ketika menginjak dewasa nanti kerana merasa serba terbatas untuk melakukan apa sahaja.
 
Manakan tidak, akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan yang tersedia buat mereka tersangat terhad.
 
Ada juga di kalangan mereka yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik akibat dari keterbatasan dalam pergaulan dengan masyarakat luar.
 
Sokongan psikososial merupakan salah satu kompenan penting untuk pembentukan kendiri yang positif agar mampu berfungsi secara baik dalam kelangsungan hidup serta perhubungan sosial.
 
MyCARE, di bawah Unit Kesukarelawanan bersama-sama MyCARE Melaka akan mengadakan program, “Psychosocial With Refugees”.
 
Maklumat program adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 4 Jun 2023 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 1 petang
Lokasi: Madrasah Tahfeez Rohingya, Bukit Pegoh
 
Maka…, ayuh!!! Bantu kami, baik dari sudut tenaga dan juga wang ringgit bagi merealisasikan hasrat dan impian kami untuk melihat kanak-kanak ini gembira serta dapat mempelajari ilmu kemahiran hidup yang bakal diterapkan dalam kehidupan mereka kelak.
 
Imbas dan infaq sumbangan anda ke:

 
INGIN MENJADI SUKARELAWAN?
Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin menjadi sukarelawan pada tarikh & tempat tersebut, daftar di sini:
wasap.my/+60167125019 (Dr. Fani) (Sertakan NAMA, NO IC & ALAMAT KEDIAMAN)
 
Untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti psikososial bawah unit Kesukarelawanan MyCARE, layari: https://www.mycare.org.my/volunteers-~psychosocial~-with…/

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan