Peranan anak muda dalam isu Palestin

MyCARE Road Tour Perak berakhir di Masjid Al-Mursyidin, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 

Pada malam ini, seramai 90 orang pelajar termasuk tenaga pengajar dan AJK masjid telah hadir mendengar perkongsian daripada Sheikh Dr. AbdalFatah M.A Asqool.

 

Dr. AbdalFatah menyentuh tentang peranan anak muda dalam membantu menyebarluas isu Palestin di saluran media sosial yang mereka ada. Sekecil-kecil bantuan yang boleh para pelajar sumbang ialah melalui media sosial. Israel akan menghadapi tekanan atas sebaran maklumat tentang Palestin yang berterusan.

 


 

 

Sementara itu, Aminah binti Khairuddin, 22, pelajar tahun ketiga Fakulti Bahasa Arab berkata, kesedaran tentang isu Palestin ini seharusnya tidak bermusim.

 

“Sebagai pelajar, saya merasakan bahawa kita perlu sentiasa cakna dan mengambil berat tentang situasi di Palestin, bukan sahaja ketika perang.” Aminah juga berkata para pelajar juga perlu menerapkan semangat ingin tahu tentang isu Palestin dan sekecil bantuan adalah dengan mendoakan kesejahteraan warga Palestin di sana.

 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu MyCARE menjayakan program MyCARE Road Tour 2023 di Perak.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000