Penyaluran Winter Relief untuk anak yatim di al-Quds, Palestin

Keadaan semakin buruk dengan tibanya musim sejuk yang melanda kawasan perlindungan. Apatah lagi dengan wabak pandemik COVID-19 menjadi taruhan. Seperti bedilan bom, musim sejuk juga tidak mengenal mangsa. Bayi dan orang tua adalah golongan yang paling ‘fragile’ untuk menjadi mangsa korban.

Sekali lagi MyCARE bersama rakyat Malaysia bertungkus-lumus membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik.Berikut adalah laporan penyaluran Winter Relief 2020 di Baitul Makdis, Palestin.

Objektif:

1. Melindungi anak yatim dan anak-anak fakir miskin daripada kesejukan membunuh
2. Membantu ekonomi setempat dengan membeli peralatan dan persediaan musim sejuk di kedai-kedai berdekatan

Jumlah penyaluran: RM40,440
Tarikh dan Tempat: 23 Disember 2020 bertempat di al-Quds, Palestin
Jumlah penerima: 130 orang anak yatim dan 70 kanak-kanak miskin tegar
Kriteria penerima: Anak yatim yang tidak mempunyai penjaga diutamakan dan kanak-kanak miskin tegar yang tinggal berdekatan dengan Masjid al-Aqsa.

Jenis sumbangan:

1. Baju sejuk
2. Selimut
3. Alat pemanas
4. Elaun kepada keluarga mereka

Kerjasama: NGO Burak dan pemilik kedai tempatan

Lihat gambar-gambar lain di album MyCARE

Alhamdulillah. Kesemua anak-anak ini sangat gembira menerima sumbangan daripada rakyat Malaysia. Mereka juga menitip doa kesejahteraan buat para penyumbang MyCARE. Terima kasih kerana melindungi mereka. Bantuan anda menyelamatkan nyawa.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan