Penyaluran pek makanan di Nahrul Baarid

Maha Suci Allah! Sedar tak sedar, kini telah memasuki tahun ke-5 MyCARE menyalurkan bantuan kepada keluarga-keluarga termiskin di kawasan Nahrul Baarid, Gaza.

Di sini terdapat 100 keluarga dan setiap keluarga terdiri daripada tujuh orang.

Mereka digolongkan dalam kumpulan keluarga termiskin di Gaza. Mereka tidak mempunyai rumah yang selamat, tidak mempunyai makanan kecuali sedikit, dan air sangat susah untuk didapati.

Mereka hidup di kawasan yang penuh dengan binatang-binantang seperti biawak dan tikus. Mana tidaknya, kerana mereka telah lama hidup di sebelah tempat pembuangan sampah.

Kami melihat di sana kanak-kanak yang mamakai pakaian yang koyak-rabak.

Setiap kali kami bertanya kepada para ibu, apakah harapan mereka di bulan Ramadan ini, jawab mereka:

“Kami harapkan agar kami mampu membeli pakaian baru kepada anak-anak kami supaya mereka dapat merasai kegembiraan di Hari Raya kelak.”

Sesungguhnya mereka memerlukan bantuan dari kalian.

Kami tidak pernah melupakan mereka. Kami harap sumbangan bantuan tetap diteruskan.

Gambar-gambar lain di album MyCARE

Ini adalah gambar di kawasan Nahrul Baarid.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin turut sama menyumbang kepada usaha ini, insya Allah MyCARE masih terima sumbangan sehingga bulan Syawal.

Jom ambil peluang barakah Jumaat hari ini dan hari-hari akhir Ramadan. Nak sumbang waktu tengah malam ni pun boleh. Mana tahu sedekah kita jatuh pada Lailatul Qadar?

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa