Pemulihan mangsa perang

Azaz, Syria

 

Lawatan ke Center for Physical Therapy and Prosthetics Azaz iaitu sebuah pusat yang mengendalikan perkhidmatan rehabilitasi kepada mangsa-mangsa perang di sini, membawa kami para peserta Misi Kemanusiaan Syria untuk menyelami ketabahan hidup saudara kita yang tidak kenal erti putus asa untuk bangkit meneruskan kehidupan.

 

Pusat rehabilitasi ini menawarkan khidmat terapi fizikal seperti fisioterapi dan juga terapi psikososial yang dikendalikan di dalam satu pusat sehenti.

 

Dengan khidmat empat ahli fisioterapi, dua ahli psikologi dan dua orang jururawat, pusat rehabilitasi ini mampu menawarkan perkhidmatan kepada lebih kurang 15 orang pesakit sebulan.

 


 

 

 

 

Terdapat juga sebuah bengkel pembuatan kaki palsu yang dikendalikan oleh dua orang kakitangan teknikal bertujuan menyediakan kaki palsu untuk mangsa perang yang kehilangan anggota.

 

Pusat rehabilitasi ini dikelolakan oleh ATAA Foundation Syria dan ditaja oleh Qatar Charity bagi membantu memberi sokongan terhadap para pesakit untuk kembali bersemangat meneruskan kehidupan setelah mengalami kecederaan fizikal dan mental akibat peperangan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang