Pelayaran Akan Bermula!

Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan MyCARE akan melancarkan misi baharu untuk terus berusaha memecahkan kepungan haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza.

Pada 2 Mei yang lalu, kapal kami, CONSCIENCE, telah diserang dengan menggunakan dron oleh rejim Zionis Israel ketika berada berhampiran dengan perairan Malta menyebabkan ia tidak dapat belayar dan terpaksa ditunda ke pelabuhan Malta.

Kemudian pada 1 Jun, kami berjaya meneruskan misi pelayaran dengan menaiki kapal MADLEEN, sebuah kapal layar kecil tetapi membawa harapan yang besar dari seluruh dunia.

Walau bagaimanapun seperti yang semua sedia maklum, kapal ini telah ditawan oleh tentera laut rejim Zionis Israel ketika berada di perairan antarabangsa, 100 batu nautika dari Gaza dan kesemua 12 orang anak kapalnya telah dipenjarakan.

Mereka kemudian telah berjaya dibebaskan dengan bantuan pasukan peguam kami.

Julai ini, kami akan belayar sekali lagi untuk terus mencuba memecahkan kepungan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis ke atas Gaza.

Kali ini kami akan belayar menaiki kapal HANDALA!

Ancaman serangan, tangkapan dan dipenjarakan oleh pihak rejim tidak sesekali akan melemahkan semangat kami dan tidak akan menyebabkan kami berhenti daripada terus mencuba.

Sekatan ke atas Gaza mesti dipecahkan; meski kita terpaksa mencuba sehingga 1,000 kali pun.

Justeru, kami mengalu-alukan sumbangan anda semua bagi menjayakan misi solidariti ini.

Untuk menyumbang kepada misi ini, KLIK https://mycare.qrd.by/misiflotillagaza

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju