[PalestinDiserang] Air untuk keperluan doktor & pesakit

Di Gaza, setiap titik air bukan hanya keperluan tetapi satu garis hayat.

 

Alhamdulillah, dengan sokongan penuh daripada rakyat Malaysia melalui MyCARE, satu projek pemulihan bekalan air di Hospital Patient Friend’s Benevolent telah berjaya dilaksanakan.

 

Hospital ini merupakan antara fasiliti kesihatan utama yang masih beroperasi di Gaza, dan kini ia kembali menerima bekalan air bersih hasil daripada pembaikan pam air bawah tanah dan pemasangan dua tangki air kecemasan berkapasiti 3,000 liter setiap satu.

 

Bayangkan, lebih 15,000 pesakit bergantung kepada hospital ini termasuk mereka yang cedera, wanita hamil, dan pesakit kronik.

 


 

 

 

 

Sebelum ini, operasi hospital sering terhenti kerana tiada bekalan air mencukupi. Dengan pelaksanaan projek ini, mereka kini mempunyai sistem bekalan air yang lebih stabil termasuk simpanan air kecemasan untuk menghadapi sebarang gangguan.

 

 

Usaha ini bukan sekadar membaiki paip dan tangki. Ia adalah usaha mengembalikan maruah, menyelamatkan nyawa, dan menyokong pemulihan sistem kesihatan di Gaza yang sedang tenat.

 

Terima kasih rakyat Malaysia. Sumbangan anda bukan hanya sampai tetapi memberi harapan yang nyata.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!