Pameran Palestin MyCARE Pahang

Alhamdulillah Rose2Rose MyCARE Pahang telah dijemput untuk membuka reruai pameran penerangan tentang Palestin di Program Jom Riuh di SRI Al-Irsyad, Kuantan.

 

Pelbagai poster penerangan, jualan mafla, pin, sticker Palestin, permainan Kenali Peta Palestin, dan tayangan video Rose2Rose disajikan sepanjang tempoh program. Pameran ini telah berjaya menarik pengunjung, terutama remaja dan ibubapa. Poster-poster yang menceritakan sejarah kezaliman zionis terhadap rakyat Palestin menarik perhatian mereka yang berminat mendapat gambaran sebenar yang berlaku di Palestin sehingga kini.

 


 

 

Kempen sempena Bulan Kemerdekaan 2025, Roti untuk Gaza juga dikongsikan kepada penghujung untuk membuka peluang masyarakat menghulur sumbangan kepada saudara kita yang dizalimi dengan sekatan sehingga angka syahid kebuluran meningkat setiap hari.

 

Semoga dengan pengetahuan yang disebarkan akan melahirkan lebih ramai ahli masyarakat yang cakna untuk terus menyumbang kepada membantu rakyat Palestin melalui tabung MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000