MRT 3.0 teruskan perjalanan ke Negeri Sembilan

Apo koba oghang Nogoghi Sembilan. Nantikan kedatangan kami ke Negeri Sembilan.

 

Pelbagai aktiviti menarik akan kami laksanakan bermula pada 5 Ogos dan seterusnya 8 hingga 10 Ogos.

 

Pada 5 dan 8 Ogos, kami akan mengunjungi rakan-rakan strategik MyCARE di Negeri Sembilan untuk merancang dan menguatkan lagi kerjasama antara satu sama lain.

 

Kami juga akan ke udara dalam sesi temubual di radio NegeriFM untuk membicarakan tentang isu Kemanusiaan pada 9 Ogos.

 


 

 

Dan acara kemuncak kami pada MRT 3.0 di Negeri Sembilan kali ini adalah Hi-Tea : Kemanusiaan Bersamamu Palestin yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 9 Ogos 2025
Masa : 2.00 petang – 5.30 petang
Tempat : Dewan Tertutup SRI Al-Amin, Nilai

 

Ayuh semua oghang Nogoghi Sembilan hadir sebagai tanda sokongan kita Kepada perjuangan saudara kita di Palestin.

 

Untuk pembelian kerusi atau meja atau menyumbang, scan sahaja QR code di dalam poster di atas. Tempat adalah terhad.

 

MRT 3.0 Negeri Sembilan akan melabuhkan tirainya dengan program kesukarelawan, Training of Volunteer (TOV) 2025 pada hari Ahad 10 Ogos.

 

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-bersama kami dalam MRT 3.0 di Negeri Sembilan.

 

Kongsikan dan ajak rakan-rakan untuk sertai kami di MRT 3.0 Negeri Sembilan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE Road Tour 4.0 kembali lagi!

Dari hujung bulan Julai hingga November 2026, kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia membawa satu misi yang lebih besar, lebih mendalam dan lebih bermakna.Tahun ini,

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan