[PalestinDiserang] Kelengkapan Baharu untuk Pekerja Awam

Dengan kerjasama Perbandaran Deir Al-Balah, MyCARE menyediakan 50 pasang sarung tangan, 50 helai sut pelindung, 50 helai jaket dan 50 pasang kasut keselamatan kepada pekerja bandar raya untuk memastikan keselamatan dan kecekapan mereka di tempat kerja.
 
Sebelum konflik, penduduk Deir Al-Balah adalah dalam anggaran 90,000 orang. Kini, ia telah meningkat kepada hampir 500,000 orang. Peningkatan mendadak ini telah meningkatkan keperluan bekalan air, infrastruktur dan sistem kumbahan tempatan dengan ketara. Sebagai respon, majlis perbandaran terpaksa menambah tenaga pekerja.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Menyedari perihal ini, MyCARE memulakan projek untuk menyokong kakitangan yang bertungkus lumus membantu pelarian dan individu yang dipindahkan di kem perlindungan termasuk sekolah, bertujuan untuk mewujudkan persekitaran hidup yang sihat, bersih dan pencegahan daripada penyakit.
 
Semoga bantuan ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan keupayaan para pekerja yang juga mempengaruhi keselamatan, kesihatan fizikal dan mental serta suasana yang bersih kepada saudara-saudara kita yang berlindung di Deir Al-Balah, Gaza.
 
Untuk menyumbang, klik:
https://mycare.qrd.by/myramadan
 
ATAU
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 
Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau myramadan@mycare.org.my

 
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan