[PalestinDiserang] Bantuan untuk 1,600 kakitangan hospital

Dalam siri serangan Zionis ke atas Gaza, kita lihat pekerja-pekerja hospital berpenat lelah merawat mangsa-mangsa perang.

 

Individu-individu ini meninggalkan keluarga mereka, sentiasa memberikan kapasiti yang maksimal, serta tetap teguh di hospital masing-masing bersedia untuk berkhidmat walau apa pun terjadi.

 

Mengambil berat atas usaha mereka, MyCARE Gaza di bawah pimpinan Dr. Ziad Shehada telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan di Gaza yang diwakili oleh Dr. Iyad Abu Zaher, Pengurus Besar Hospital Syuhada’ Al-Aqsa.

 

Perjanjian kerjasama ini bertujuan untuk menawarkan bantuan kewangan bernilai RM405,000 kepada 1,600 kakitangan hospital yang telah bekerja tanpa jemu sepanjang masa sejak bermulanya konflik.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk pengetahuan, mereka ini bekerja tanpa gaji sejak 2 bulan yang lalu dan mengambil keputusan untuk tidak meninggalkan hospital bagi merawat mangsa sejak konflik serangan terbaru ini berlaku.

 

MyCARE mengambil keputusan untuk memberikan bantuan sebagai sokongan kepada mereka bagi mengekalkan prestasi terbaik mereka dalam keadaan yang mencabar ini.

 

Ayuh bersama membantu mangsa-mangsa di Gaza melalui MyCARE. Salurkan sumbangan anda di:

 

atau

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

 

Sila hantarkan maklumat di bawah ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza