[PalestinDiserang] Bantuan perkakas rumah kepada mangsa di Gaza

BANTUAN KEDUA SAMPAI!
 
Penyaluran kedua bagi fasa pertama telah dilaksanakan oleh team MyCARE Gaza kepada mangsa serangan rejim Zionis ke atas Gaza.
 
Pada serangan lepas, rumah yang dimiliki oleh keluarga Khalifah (keluarga besar) telah musnah. Rumah ini dibina 2 tingkat dan mempunyai 2 buah rumah pada setiap tingkat. Seramai 14 orang hilang tempat tinggal sekelip mata. Alhamdulillah, buat masa ini ada saudara memberikan tempat tinggal sementara kepada mereka.
 

 

 

 

 

 
Team MyCARE pergi berjumpa dengan keluarga-keluarga mangsa dan mendapatkan senarai keperluan daripada mereka. Dalam penyaluran ini, MyCARE telah memberikan:
 
1. Mesin basuh
2. Dapur
3. Tong gas
4. Tilam
5. Bantal
6. Keperluan kebersihan diri
7. Bekalan makanan
 
Saguhati juga diberikan kepada seorang ibu yang bakal bersalin tak lama lagi.

 

 

 

 

 
Alhamdulillah kesemua penerima manfaat sangat menghargai bantuan daripada para dermawan MyCARE dari Malaysia.
 
Fasa seterusnya dalam perancangan untuk membina semula Gaza.
 
Ayuh terus ringankan beban mereka melalui Tabung Palestin Diserang
 
Untuk sumbangan ke Gaza, salurkan ke » mycare.qrd.by/palestin
 
atau
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
Rujukan: PalestinDiserang
 
Hantar pembayaran melalui akaun bank sahaja ke:
 
No tel: http://wasap.my/60389412341
Emel: campaign@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah