[PalestinDiserang] Agihan kayu api di Gaza

MyCARE dan Econsave telah melaksanakan projek agihan kayu api di Gaza bagi menangani krisis kekurangan bahan bakar yang semakin meruncing akibat sekatan berterusan.

 

Inisiatif ini telah menyalurkan sebanyak 6,000 kg kayu api kepada 300 keluarga yang terkesan, melibatkan kira-kira 1,800 individu di Daerah Al-Naser, Kejiranan Sheikh Radwan dan Kem Pelarian Beach.

 

Krisis kemanusiaan di Gaza semakin parah susulan sekatan penuh terhadap bahan api dan bantuan sejak Mac 2025, yang menyebabkan kekurangan bekalan keperluan asas. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya 90,000 liter bahan api berjaya memasuki Gaza pada satu hari tertentu, sedangkan sektor kesihatan sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 80,000 liter sehari untuk mengendalikan hospital dan perkhidmatan kecemasan.

 


 

 

 

Dengan bekalan gas memasak yang hampir tiada dan harga kayu api yang melambung tinggi, ramai keluarga terpaksa menggunakan bahan bakar berbahaya seperti plastik dan serpihan sisa perang, yang mengundang risiko kebakaran dan masalah kesihatan.

 

Agihan kayu api oleh MyCARE telah memberi alternatif yang lebih selamat untuk memasak dan memanaskan rumah, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada kaedah berbahaya dan mengelakkan kebuluran.

 

 

 

 

Penerima bantuan menyatakan rasa syukur yang mendalam dan menzahirkan kelegaan atas keupayaan untuk menyediakan makanan dengan lebih selamat.

 

Terima kasih kepada Econsave dan penyumbang yang telah menjayakan projek ini.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju