#MyRamadan bersama MyCARE

Ramadan 137H: Ibadah Kita Kegembiraan Mereka
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan agensi-agensi dibawah pengurusannya, Aqsa Syarif, i4Syria, Rose2Rose, PACE, NICE dan Salam Iraq melancarkan Program Ramadhan buat tahun ke-6 pada tahun ini bertemakan “Ibadah kita, Kegembiraan Mereka” bermula 1 Jun sehingga 15 Julai 2016.

Aktiviti utama MyCARE di bulan Ramadan ini.
Aktiviti utama MyCARE di bulan Ramadan ini.

Kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama kami melalui beberapa kempen berikut:
1) Projek Ramadhan 1437 H (Bantuan Kemanusiaan)
Penajaan Makanan (Sahur, Iftar dan Pek Makanan) dan Hadiah Raya akan diagihkan kepada lebih 100,000 individu ditempat-tempat berikut:
= Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis)
= Tebing Barat
= Syria
= Kem Pelarian Palestin & Syria di Lubnan
= Kem Pelarian Syria di Jordan
= Pelarian Rohingya
= Komuniti Islam di Myanmar
Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM 70 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia. Muat turun brosur Ramadan MyCARE disini: 
ProjekRamadanMyCARE
 
2) Kempen Perkongsian #PembelaUmmah
Jemput kami ke pejabat, tempat kerja dan sekolah anda ramadhan ini untuk berkongsi berkenaan isu-isu ummah dan kemanusiaan! Manfaatkan masa rehat (1.00 ptg – 2.00 ptg) untuk mengambil cakna dan membantu saudara-saudara seislam kita di Malaysia dan di seluruh dunia. Ikuti maklumat terkini melalui Facebook Page: Pembela Ummah atau hubungi En.Wan Luqman di talian 019-481 5584.
phase_2 (pembelaummah_poster)-02
3) Program Imam Palestin
Imam-imam Palestin untuk memberi perkongsian terkini berkenaan isu Palestin dan imam solat. Ikuti perkembangan Imam Palestin di Facebook Page: Imam Palestin atau hubungi En.Munawer di talian 019-643 3744 bagi keterangan lanjut.
4) Iftar Kemanusiaan Perdana (The Space U8)
Berkongsi kegembiraan dan beramal melalui pakej Iftar Kemanusiaan Perdana. Hubungi nombor telefon yang tertera untuk maklumat lanjut.
iftarkemanusiaanperdana
Ayuh bersama kami ramadhan ini dalam membantu saudara-saudara kita yang memerlukan diluar sana! Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan” .(Tirmizi)

JOM KLIK UNTUK MENDERMA

“Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka” #MyRamadhan #MyCARE [Ph]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan