[MyCARExYayasanHasanah] Eco Food Aid di PPR Seri Cempaka

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2021 – Humanitarian Care Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Program Gifts of Smiles COVID-19: Eco-Food Aid telah dilaksanakan di PPR Seri Cempaka.

Sebanyak 100 pek makanan, nutrisi dan kesihatan telah disalurkan kepada 100 buah keluarga. Pek sumbangan ini mengandungi makanan asas dan kesihatan seperti beras, ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan, vitamin, pelitup muka, hand sanitiser dan sabun.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Hasanah dan Prihatin atas dana sumbangan serta para sukarelawan MyCARE yang bertungkus-lumus di lapangan. Tidak dilupakan kepada AJK dan komuniti PPR Seri Cempaka yang terlibat dalam menjayakan program ini. Penerima manfaat di sini sangat gembira atas penerimaan sumbangan kerana ianya membantu meringankan beban mereka di musim Perintah Kawalan Pergerakan.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000

Sediakan khemah untuk musim sejuk

Bagaimanakah anak-anak kecil mampu bertahan apabila tiupan angin dingin mula menyusup masuk melalui robekan khemah usang mereka?Menjelang ketibaan musim sejuk sekitar November nanti, seramai 1.9

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.