Dalam memperkasakan anggota first responder di lapangan apabila berlaku bencana, MyCARE telah menyalurkan 20 jaket keselamatan termasuk 10 saiz kanak-kanak dan sebuah pelampung keselamatan kepada Pasukan Bomba Sukarela Taman Sri Nanding.
Team MyCARE juga menyantuni penduduk sekitar Taman Sri Nanding dan menyerahkan banner, poster dan brochure berkenaan persediaan menghadapi bencana.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Pihak MyCARE mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Md Yusof Bin Hassan, wakil Pasukan Bomba Sukarela Taman Sri Nanding dan penduduk Sri Nanding.
Penghargaan juga kepada para penyumbang Tabung Persediaan Bencana Banjir yang telah bersama MyCARE menyantuni saudara-saudara kita.
Tabung Persediaan Banjir MyCARE diaktifkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Salurkan sumbangan anda di:
https://mycare.qrd.by/bencana
Sukarelawan MyCARE dalam mode bersiap siaga.
Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf
Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat