MyCARE mara selangkah lagi

Alhamdulillah, pada hari Rabu, 6 Oktober 2021 telah berlangsungnya mesyuarat penutup untuk program yang telah dikendalikan selama hampir 2 tahun.

Bermula pada 2 Oktober 2019, MyCARE telah dipilih oleh OIC untuk terlibat di dalam satu program yang dibiayai sepenuhnya untuk menambahbaik dan memperkukuh organisasi MyCARE ke arah menjadi sebuah organisasi kemanusiaan bertaraf antarabangsa.

Program kerjasama antara OIC, USAID dan IMC ini dilaksanakan khusus untuk MyCARE agar penambahbaikan dapat dilaksanakan berdasarkan hasil penilaian ke atas proses-proses sedia ada. Bermula dengan latihan selama 1 minggu pada Disember 2019, ianya diikuti dengan lawatan kerja selama 6 bulan di pejabat MyCARE secara fizikal dan maya oleh para pakar dan perunding yang berpengalaman luas di dalam bidang kemanusiaan.

Walaupun program ini terpaksa dilanjutkan beberapa kali kerana pandemik COVID-19, ianya telah berjaya diteruskan secara maya. Semoga dengan ilmu dan latihan yang diterima dapat menambahkan lagi kemantapan dan kesungguhan MyCARE untuk meneruskan usaha dengan segala kepakaran untuk melaksanakan kerja dengan cekap dan profesional.

Nurturing Humanity. Making a Difference

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk