MyCARE kecam tindakan Amerika iktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel

Kenyataan Rasmi | Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
7 Disember 2017 bersamaan 18 Rabiul Awwal 1439H

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel dalam ucapan Presiden Donald Trump awal pagi tadi.
Tindakan ini jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi agensi, Perhimpunan Agung (UNGA), dan Majlis Keselamatan (UNSC) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah diluluskan sejak tahun 1947 termasuk Resolusi 2334 UNSC pada Disember 2016 dan resolusi UNESCO (41 COM 7A.36) pada Mei 2017.
MyCARE menyeru PBB, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Liga Arab dan negara-negara Eropah yang masih menghormati kedaulatan undang-undang antarabangsa untuk mengambil tindakan diplomatik yang sewajarnya mendesak Amerika Syarikat menarik-balik pengisytiharan ini agar ketegangan di Jerusalem dan Palestin dapat dielakkan.
MyCARE akan bergerak bersama rakan-rakan dalam gabungan SAVE AL-QUDS Campaign untuk menyatakan pendirian rakyat Malaysia dan mengajak semua pihak untuk bersama-sama kami membantah tindakan biadap ini.
Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah