MyCARE Johor hantar bantuan untuk mangsa banjir di Pahang

MyCARE Johor yang diketuai oleh Eksekutif Operasi nya En Saadon Sualiman berangkat ke Pahang untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang.

Projek Misi Bantuan Banjir MyCARE Johor dikoordinasikan juga dengan MyCARE Pusat dan MyCARE Pahang sebaik banjir melanda Malaysia.

Projek Bantuan Mangsa Banjir MyCARE Johor adalah hasil pengemblingan dan sumbangan badan-badan korporat serta individu di negeri Johor.

Melalui Econsave Cash and Carry yang diketuai Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, En Mas Imran bin Adam, sebuah lori penuh muatan makanan dan barangan-barangan keperluan individu mangsa banjir disumbangkan Econsave. Turut menyumbang ialah Tuan Haji Baba Khan, warga Pertubuhan IKRAM Malaysia dan ramai lagi.

Pelbagai barang-barang keperluan yang dibawa termasuk beras, toto dan bantal, makanan kering, gula, susu dan tepung. lampin pakai buang, sejadah, kain , telekung dan alat-alat keperluan peribadi.

Lebih 6 kenderaan berkonvoi memulai perjalan dari perkarangan Econsave Senai menuju negeri Pahang dengan seramai 20 orang sukarelawan dari negeri Johor.

Misi ini mengikuti SoP di mana semua peserta misi dikehendaki menjalani saringan RTK sebelum menyertai misi.

Di antara tugasan para sukarelawan ialah untuk menjalankan pembersihan rumah-rumah mangsa banjir selain menyampaikan sumbangan dengan penyelarasan MyCARE Pahang.

Pelepasan konvoi bantuan disempurnakan oleh Prof Madya Dr. Roslan Abdullah, YDP Pertubuhan IKRAM Negeri Johor serta disaksikan oleh aktivis MyCARE, Rose2Rose, IKRAM Johor dan warga Econsave Cash and Carry.

Semoga perjalanan dipermudahkan Allah dan dapat mencapi objektif membantu mereka yang sedang ditimpa musibah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk