Pada 11 & 12 Ogos 2018, MyCARE Johor berkesempatan menyertai pameran dan membuka booth bersempena ARTBEAT 2018 anjuran Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Ucapan perasmian penutup Festival ARTBEAT 2018 yang disempurnakan oleh YB Pn. Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia yang berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru.

” ‘Kekurangan bukan halangan’, tema yang diangkat dalam program ARTBEAT 2018 ini bertepatan sekali bagi menunjukkan tiada halangan untuk remaja kurang upaya ini mendapatkan pendidikan selepas menamatkan persekolahan. Politeknik menggalas tanggungjawab besar menjadi institusi yang menerima cabaran menawarkan pendidikan tinggi adalah seiring dengan hasrat UNESCO dalam memberi peluang pendidikan kepada remaja kurang upaya. ”

YB Timbalan Menteri berkesempatan mengunjungi booth MyCARE dan mendapat penerangan mengenai usaha sama MyCARE dan Jabatan Pendidikan Johor di dalam menjalankan program MODUL KESUKARELAWANAN KEMANUSIAAN yang telah berlangsung memasuki tahun keempat tahun 2018 ini. Dr. Mohd Zin Kandar (Pengerusi MyCARE) sempat menerangkan pencapaian program ini iaitu Modul Kesukarelawanan yang dijalankan MyCARE di sekolah-sekolah di Johor secara langsung telah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada 55,750 pelajar dan 1,420 guru-guru di lebih 234 buah sekolah semenjak dimulakan pada tahun 2015. Nilai-nilai murni kemanusiaan yang dikongsikan MyCARE telah mendorong pelajar untuk turut menghulurkan sumbangan melalui projek Back2School dan keseluruhan kutipan berjumlah RM209,474.40 semenjak tahun 2015 dari sekolah-sekolah. Dengan ini dianggarkan sejumlah 1,396 pek bag sekolah berjaya disumbangkan oleh warga sekolah di Johor kepada anak-anak sekolah di Palestin, Lubnan, Syria, Yaman dan Rohingya.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor

Kesempatan penyertaan pameran ini, MyCARE Johor memberi fokus kepada kempen Modul Kesukarelawanan MyCARE di sekolah-sekolah dan kempen MyKorban MyCARE – Korban Rentas Sempadan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz, Ketua Penagrah Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pedidikan Malaysia.