MRT 3.0 Kelantan Telah Selesai Namun Sokongan Pada Palestin Tak Pernah Berakhir

Alhamdulillah, Program Hi-Tea MyCARE Kelantan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Golden Hall, Kota Bharu, Kelantan.

 

Program ini dianjurkan bagi mengukuhkan sokongan masyarakat Kelantan terhadap perjuangan Palestin serta memperkukuh jaringan sokongan bersama MyCARE.

 

Sambutan daripada rakyat Kelantan amat menggalakkan. Kesemua meja jualan untuk program ini telah habis terjual, melambangkan sokongan padu masyarakat terhadap usaha kemanusiaan MyCARE.

 

Program bermula dengan ucapan alu-aluan oleh, En. Ab Rahman Salleh selaku Pengurus MyCARE Kelantan.

 


 

 

 

 

 

Seterusnya, CEO MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, telah berkongsi perkembangan terkini berkaitan misi MyCARE di lapangan, termasuk usaha bantuan berterusan di Palestin serta inisiatif kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

 

Ustaz Megat Aiman Hakim Bin Megat Shariffudin, Eksekutif Penyelidikan dan Advokasi MyCARE, menyampaikan ceramah penuh semangat mengenai perjuangan rakyat Palestin, cabaran yang mereka hadapi, serta keperluan sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia.

 

Majlis Hi-Tea turut dihadiri oleh Puan Roha Hassan, selaku Pengurus Besar Operasi MyCARE, Ustaz Azizee Rohim Bin Japri (YDP IKRAM Kelantan), Prof. Madya Dr. Dasmawati Mohamad (Ketua Wanita IKRAM Kelantan) serta wakil-wakil NGO.

 

Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan satu wacana bertajuk Bersamamu Palestin bertempat di Masjid Dar Al-Muallimin, Taman Guru.

 

 

Wacana ini telah diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarkat setempat tentang apa yang sedang berlaku di Palestin Ketika ini, di samping membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada Palestin melalui MyCARE.

 

Jom teruskan sokongan kepada MyCARE Kelantan atas usaha tanpa henti oleh Pasukan MyCARE Kelantan bermula dari penyumbang, pengurus, aktivis dan sukarelawan.

 

Tanpa tangan-tangan yang sentiasa membantu ini, usaha-usaha kemanusiaan di Kelantan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan berterusan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!