Bantuan Banjir Pakistan

Hujan monsun lebat sejak Ogos telah menenggelamkan kawasan di Punjab, Sindh dan Balochistan. Sehingga 16 September 2025, lebih 4.4 juta orang terjejas. Di Muzaffargarh sahaja, 394,000 penduduk dan 26 kampung tenggelam sepenuhnya.

 

Hasil pertanian musnah, hampir 775,000 tan tebu dan 51,000 tan padi hilang, bersama lebih 300,000 tan makanan ternakan.

 

Ini bukan sekadar kerugian ekonomi, tetapi tamparan kepada ribuan keluarga petani yang kini kehilangan sumber hidup.

 

Ramai keluarga masih berlindung di khemah sementara, fasiliti awam atau di tepi jalan dengan bekalan makanan, air bersih dan rawatan perubatan yang amat terhad.

 

Risiko penyakit bawaan air dan denggi semakin meningkat akibat genangan air banjir.

 


 

 

 

 

 

Dalam situasi ini, MyCARE bersama rakan kerjasama tempatan Alkhidmat Foundation Pakistan (AKFP) telah turun padang menyalurkan bantuan kecemasan:

 

Kasur – 11 September 2025
100 pek makanan kering, 10 periuk makanan siap dimasak, 100 kit kebersihan

 

Jhung – 14 September 2025
150 pek makanan kering, 10 periuk makanan siap dimasak, 150 kit kebersihan

 

Tandianwala – 15 September 2025
150 pek makanan kering, 10 periuk makanan siap dimasak, 150 kit kebersihan

 

Lahore (Chung) – 5 dan 6 September 2025
2 kem perubatan untuk rawatan kecemasan, penyakit bawaan air dan kesihatan asas

 

Keseluruhannya, sebanyak 400 pek makanan kering, 30 dapur periuk makanan siap dimasak, 400 kit kebersihan dan 2 kem perubatan telah disalurkan kepada mangsa banjir.

 

Bencana ini belum berakhir. Rakyat Pakistan masih sangat memerlukan doa, sokongan dan solidariti kita.

 

Sumber: UNOCHA Flash Update No.9 (16 Sept 2025), UN News

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000

Sediakan khemah untuk musim sejuk

Bagaimanakah anak-anak kecil mampu bertahan apabila tiupan angin dingin mula menyusup masuk melalui robekan khemah usang mereka?Menjelang ketibaan musim sejuk sekitar November nanti, seramai 1.9

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.