[MisiKemanusiaanFilipina] Hari Terakhir di Bulacan

Dalam bancian 2015, Bulacan dikatakan mempunyai penduduk seramai 3,292,071 orang, yang paling ramai penduduk di Luzon Tengah dan yang ketiga paling ramai penduduk di Filipina, selepas Cebu dan Cavite. Bandar yang paling ramai penduduk di Bulacan adalah San Jose del Monte.

 

Hanya 0.21% Muslim tinggal di Bulacan. Manakala agama utama Bulacan adalah Roman Katholik dengan peratusan sekitar 88%.

 

Pada hari terakhir di Bulacan, kami sempat menyantuni guru-guru yang mengajar di Madrasah Al Ihsaan Al-Islamiah.

 

Kami telah menyerahkan elaun untuk 12 orang guru dan 27 sukarelawan yang terlibat.

 


 

 

Selain memberikan elaun kepada para guru, MyCARE juga terlibat dalam pembangunan madrasah. Satu lagi tingkat sedang dibina untuk menampung pembelajaran lebih ramai pelajar.

 

Madrasah ini juga akan dimanfaatkan untuk Pengajian Islam oleh golongan dewasa serta aktiviti-aktiviti kemahiran untuk komuniti.

 


 

 

 

 

 

MyCARE percaya setiap insan berhak mendapat pendidikan yang terbaik khususnya kanak-kanak. Mereka adalah pemimpin masa hadapan.

 

Bersama kami menyediakan pendidikan dan kemahiran kepada semua kanak-kanak dan dewasa yang memerlukannya di Bulacan dengan klik link berikut ;

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan