[Misi Kemanusiaan Sumatera 2] Rumah Senyum harapan baharu penduduk

Menerusi kerjasama antara Econsave Cash and Carry dan Humanitarian Care Malaysia MyCARE, misi pembinaan Rumah Senyum diteruskan buat membantu mangsa banjir besar yang masih berteduh di dalam khemah dan di bawah kanvas.

 

Rumah Senyum, atau digelar Rumah Sejuk oleh penduduk tempatan, dibina sebagai kediaman sementara yang lebih selesa dan selamat khususnya untuk anak anak yatim serta keluarga asnaf yang kehilangan tempat tinggal.

 

Dengan kos sekitar RM5,500 bagi setiap unit, rumah ini dilengkapi dua bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Struktur binaannya kini lebih kukuh kerana menggunakan sepenuhnya kayu balak yang hanyut ketika banjir pada November lalu. Kayu kayu ini bukan sahaja menguatkan struktur rumah, malah menjimatkan kos dengan memanfaatkan sumber yang sedia ada.

 

Proses pembinaan mengambil masa antara satu hingga dua minggu. Walaupun pembinaan menggunakan kayu mengambil sedikit masa berbanding kanvas, hasilnya jauh lebih tahan dan memberi ketenangan jangka panjang kepada keluarga penerima.

 


 

 

Bagi MyCARE, Rumah Senyum bukan sekadar binaan fizikal. Ia adalah simbol bangkit semula. Ia adalah ruang untuk anak anak kembali tidur dengan rasa selamat. Ia adalah tempat untuk sebuah keluarga menyambut Ramadan dan Hari Raya dengan sedikit sinar selepas diuji kehilangan harta dan punca pendapatan.

 

 

Terima kasih kepada para penyumbang yang terus bersama MyCARE dalam misi ini.

 

Ayuh bersama kami membina lebih banyak Rumah Senyum buat mereka yang memerlukan. Sokongan anda hari ini mampu menghadiahkan sebuah tempat berteduh, sebuah senyuman dan sebuah harapan baru.

 

Kredit Berita RTM

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan