Misi Kemanusiaan MyCARE 2025

Nepal, Filipina, Kemboja adalah antara negara yang bantuan kemanusiaan oleh MyCARE tiba kepada penerima yang memerlukan sejak beberapa tahun yang lalu.

 

Antara projek yang dibantu oleh MyCARE adalah korban, anak yatim, pendidikan dan perigi.

 

Untuk memastikan perjalanan projek berjalan lancar, team MyCARE akan mengadakan misi dari masa ke semasa ke negara-negara yang menerima bantuan kemanusiaan dari MyCARE.

 

Kali ini team MyCARE mengadakan Misi Kemanusiaan ke Nepal, Filipina dan Kemboja dari 4 Jun hingga 9 Jun 2025.

 


 

 

Perjalanan kali ini diikuti oleh kakitangan MyCARE dan wakil-wakil MyCARE Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak.

 

Tujuan misi kali ini adalah untuk;

 

1. Menyaksikan perjalanan korban (MyQurbani) termasuk penyembelihan dan agihan
2. Agihan dana anak yatim dan asnaf yang ditaja oleh rakyat Malaysia melalui MyCARE
3. Menyampaikan elaun kepada para guru di madrasah tajaan MyCARE
4. Memantau perjalanan projek telaga atau perigi
5. Mengukuhkan hubungan dengan rakan kerjasama strategi
6. Meningkatkan ilmu dan kemahiran semua ahli misi mendapat pengalaman sebenar melakukan kerja-kerja kemanusiaan di lapangan

 

Mohon doakan agar semua misi ini berjalan lancar. Setiap objektif berjaya dicapai dan semua program yang diatur berjaya dilaksanakan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan