Misi Jordan MyCARE x CHNS

Hari kedua aktiviti misi bantuan selesai dengan proses memuat naik 640 kotak pek makanan ke atas lori, bersedia untuk dihantar ke gudang JHCO sebagai langkah awal penghantaran ke Gaza.

 

Proses ini bukanlah mudah, memerlukan tenaga dan koordinasi yang teliti tetapi demi saudara kita di Gaza yang sedang menghadapi krisis kemanusiaan, kami komited untuk melaksanakannya sebaik mungkin.

 

Bantuan ini adalah hasil sumbangan ikhlas daripada rakyat Thailand melalui CHNS (Council of Humanitarian Network of Sheikul Islam).

 

 


 

 

 

 

Dengan sokongan padu ini, pek makanan yang disediakan bakal membawa kelegaan kepada keluarga-keluarga yang terjejas di Gaza, memberikan mereka bekalan makanan asas untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.

 

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan misi ini. Bantuan anda bukan sahaja memberikan makanan tetapi juga harapan dan kekuatan kepada mereka yang memerlukan.

 

Bersama, kita mampu membuat perubahan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah