Misi bantuan MyCARE Johor ke Yan, Kedah

Tarikh: 22-24 September 2021

Banjir lumpur kilat akibat aliran deras kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku pada 18 Ogos 2021 sekitar jam 4 sehingga 5 ptg telah menjejaskan beberapa lokasi di kaki Gunung Jerai dan sungai iaitu di kawasan Perigi, Teroi Bukit Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Terus, Kampung Aceh dan Kampung Setoi, Kedah.

Banjir lumpur kepala air yang berlaku bukan sahaja telah menyebabkan kerosakan harta benda dan malah turut juga menyebabkan kehilangan nyawa. Perabut, alatan elektrik, karpet, kenderaan seperti motosikal dan kereta dan lain-lain juga turut rosak.

Atas dasar keprihatinan MyCARE Johor bersama 9 orang sukarelawan dengan kerjasama MyCARE Kedah dengan 3 orang sukarelawan membawa misi bantuan ke Yan Kedah. Dalam sesi pertama penerima sumbangan seramai 40 buah keluarga di mana setiap keluarga diberikan barangan dapur, kit kebersihan dan wang tunai RM 100. Wakil penduduk, En. Reduan Shadu turut menyambut kami dan memberi ucapan alu-aluan.

Dalam sesi kedua sebanyak 30 kampit beras 5 kg, 33 kit kebersihan dan 33 barangan dapur diedarkan kepada penerima sumbangan di Pejabat Penghulu, Kampung Permatang Keramat, Yan Besar, Kedah. Penghulu Khairudin dan Timbalan Penghulu Zulkifli turut berada dalam sesi penyerahan kepada 15 keluarga penerima sumbangan tersebut. Bakinya akan diagihkan kepada penduduk pada waktu yang lain. Semoga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Wahab Yahya Pengerusi MyCARE Kedah, Pn. Roshadah Ishak Pengerusi R2R Kedah, Tuan Haji Abdullah Rejab, Dr. Yusri Bin Haji Musa yang menyambut kami dengan penuh kemesraan, menyediakan penginapan, serta makan dan minum sepanjang kami di sana.

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang barang-barang sumbangan dari Johor iaitu Puan Rynn Pengerusi Badan Kebajikan Infaq Nurani yang turut bersama dalam misi, Cikgu Syazwani, Pengerusi Badan Kebajikan Auf Legacy, Puan Rohani Man bersama 3 orang anaknya yang turut bersama menawarkan diri sebagai sukarelawan.

Turut bersama menjayakan misi ialah En. Saadon bin Suleiman selaku Eksekutif MyCARE Johor, En. Roslan bin Ahmad selaku Pengurus MyCARE Kawasan Pasir Gudang dan Syafiqah Syukor selaku AJK Media MyCARE Johor. Semoga Allah S.W.T memberi ganjaran kepada sukarelawan misi bantuan dan penyumbang yang telah menjayakan misi tersebut.

Cikgu Rozi bin Abdul Ghani
Pengurus MyCARE Johor

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah