MCC x MyCARE: RM100,000 berjaya dikumpulkan untuk Tabung Palestin

Pelbagai cara boleh dilakukan sebagai tanda kita bersolidariti dengan rakyat Palestin termasuk melalui penjualan pelbagai merchandise Palestin.

 

Baru-baru ini, MyCARE telah menjalinkan usahasama dengan Butik Muslimah Clothing Com untuk mengeluarkan pelbagai merchandise untuk menjana dana demi membantu rakyat Palestin yang dizalimi oleh pihak Zionis.

 

Alhamdulillah, sejak pelancaran tersebut, royalti sebanyak RM100,000 telah berjaya diperolehi dan disumbangkan kepada Tabung Palestin yang diuruskan oleh pihak MyCARE.

 

 

Penyerahan mock cheque bernilai RM100,000 tersebut telah diserahkan pada Majlis Malam Solidariti Bersama Palestin baru-baru ini.

 

Selain penyerahan mock cheque, pelbagai pengisian menarik turut diadakan, antaranya adalah:

 

  • Deklamasi Puisi Palestin
  • Persembahan istimewa oleh Nurfa dan anak-anak Palestin
  • Perkongsian istimewa oleh bekas tahanan Zionis, Dr. Fauziah Mohd Hasan dan Dr. Afandi Mohd Salleh
  • Perkongsian oleh Saudari Beha Shehab yang kehilangan 44 orang ahli keluarga oleh serangan Zionis di Gaza

 

 

Penjualan merchandise MCC x MyCARE akan terus berjalan dan royalti seterusnya akan terus disumbangkan ke Tabung Palestin.

 

Antara merchandise menarik yang boleh dibeli sambil menyumbang adalah;

 

1. Headband
2. T-shirt Muslimah
3. T-Shirt Lelaki Berkolar
4. Tote bag
5. Tudung bawal pelbagai design
6. Twilly
7. Mafla

 

Jom kita terus bersolidariti bersama rakyat Palestin.

 

“From the river to the sea, Palestine will be free.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah