Kunjungan ke Kementerian Pelajaran & Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan

 

Kunjungan delegasi Misi Kemanusiaan Malaysia yang diketuai oleh Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, Pengerusi Global Peace Mission Malaysia (GPM) merangkap Penasihat Khas mengenai Afghanistan, Kementerian Luar dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berpeluang mengunjungi Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan.

 

Tujuan kunjungan adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai visi dan perancangan serta kekangan/kesukaran yang sedang dihadapi oleh IPT di Aghanistan. Delegasi turut disertai oleh GPM, IKRAM, MyCARE dan beberapa badan NGO dari Malaysia.

 


 

 

 

Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar yang juga Pengarah Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan USIM turut menyampaikan hasrat dan kesediaan beberapa pusat pengajian dan kumpulan akademis di Malaysia untuk menjalin kerjasama dan kolaborasi di dalam pendidikan, penyelidikan dan pembangunan kapasiti di universiti.

 

Di dalam sektor pendidikan, Menteri mengakui banyak masalah yang dihadapi setelah US menceroboh Afghanistan.

 

Kerajaan terdahulu dan US tidak memberikan penumpuan sebanar kepada pendidikan rakyat disamping memaksa sistem pendidikan sekular. Mereka juga meninggalkan banyak infrakstruktur yang tidak seimbang antara luar bandar dan bandar.

 

Kualiti pendidik dan pelajar juga terabai.

 

Kerajaan dipimpin Taliban sedang menyediakan prasarana dan buku-buku bagi penyediaan pembukaan sekolah tak lama lagi. Sejumlah lebih 27 juta naskhah buku sedang dicetak di beberapa negara bagi keperluan murid sekolah.

 

Kementerian menghadapi kekangan untuk membayar gaji guru-guru, melatih guru-guru dan menyediakan bangunan-bangunan baru yang musnah oleh serangan-serangan tentera penjajah.

 


 

 

 

Di dalam ucapan YBhg Dato’ Ahmad Azam, sebagai wakil dari masyarakat sivil dan NGO di Malaysia, kedatangan gabungan NGO adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar dan menyatakan rasa sokongan kepada umat Islam di Afghanistan yang diketahui telah berabad ditekan dengan pencerobohan kuasa besar.

 

Masyarakat sivil dan NGO bersedia menawarkan kepakaran dan bantuan. Namun usaha dan bantuan di peringkat G2G perlu diusahakan oleh kerajaan Taliban sendiri dan delegasi mendo’akan ianya menjadi realiti dan lebih banyak bantuan-bantuan akan diterima dari negara-negara lain khususnya negara-negara Islam.

 

Laporan dari lapangan Misi Kemanusiaan MyCARE ke Afghanistan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Virtual Volunteer MyQurbani 1445H

Ingin mengisi waktu dengan membuat amal kebajikan?   Khabar gembira buat anda untuk menjadi sukarelawan kami sempena kempen MyQurbani 1445H yang sedang berlangsung.Justeru, kami membuka