Kerusi roda mudahkan urusan Puan Syamsiah

Sejak 2016, hidup Puan Syamsiah berubah sepenuhnya apabila disahkan menghidap T12 AIS C Paraplegia Secondary Schwannoma, sejenis kecederaan saraf tunjang yang jarang berlaku.

Pada tahun 2016, ketumbuhan ditemui di saraf tunjang dan beliau menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Namun selepas pembedahan, beliau mengalami kelumpuhan dari pinggang hingga ke kedua-dua kaki.

Walaupun diuji dengan keadaan ini, beliau tidak pernah berputus asa.

Sejak Disember 2016, beliau menjalani rawatan rehabilitasi intensif di Hospital Rehabilitasi Cheras dan sehingga hari ini masih mendapatkan rawatan susulan di Klinik Pakar Spinal.

Kerusi roda kini menjadi sebahagian daripada kehidupan beliau yang membantu pergerakan, memudahkan urusan harian, dan memberi ruang untuk terus berdikari.

MyCARE mengambil inisiatif untuk memberikan kerusi roda yang terbaik kepada Puan Syamsiah.

Terima kasih kepada semua penyumbang Tabung MyPrihatin atas sokongan dan keprihatinan anda.

Setiap sumbangan memberi makna yang besar. Teruskan menyumbang ke Tabung MyPrihatin.

Salurkan sumbangan anda di
https://mycare.qrd.by/myprihatin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan