Kenyataan Rasmi: MyCARE Kutuk Rejim Zionis Rampas & Culik Anak Kapal GSF

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab rejim Zionis menculik anak-anak kapal Global Sumud Flotilla (GSF) dari perairan antarabangsa awal pagi tadi, Khamis, 30 April 2026.

Penculikan berlaku ketika 57 kapal GSF (termasuk 3 kapal pengiring) berada berhampiran dengan Pulau Crete di Greece, kira-kira 600 batu nautika dari Gaza.

Penculikan ini mencabul undang-undang antarabangsa. Rejim Zionis tidak berhak menghalang mana-mana kapal daripada belayar di perairan antarabangsa apalagi menculik anak-anak kapalnya.

Tindakan merampas dan menculik anak-anak kapal GSF jauh dari perairan Israel ini menggambarkan keangkuhan rejim Zionis yang bersedia meluaskan wilayah penguasaannya sehingga ke perairan Eropah. Inilah kesan buruk daripada kegagalan dunia menghukum rejim Zionis daripada jenayah kemanusiaannya selama ini.

Setakat jam 1 tengahari waktu Malaysia, laman sesawang penjejak GSF menunjukkan 22 buah kapal telah pun dirampas. Nasib kapal-kapal lain masih belum diketahui.

Sehubungan dengan itu, MyCARE menggesa semua pihak:

– mendesak supaya rejim Zionis membebaskan kesemua anak kapal yang diculik dan menghentikan serta-merta tindakan melanun kapal-kapal flotila di laut mediterranean;

– menyokong semua usaha (termasuk misi flotila) untuk mendesak rejim Zionis supaya menghentikan sekatannya terhadap Gaza. Semua pihak berhak mendapat akses ke Gaza seperti yang telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung PBB (September 2024) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) (Oktober 2025);

– menyokong semua usaha untuk menghukum rejim Zionis atas jenayah kemanusiaan yang telah ia lakukan terhadap rakyat Palestin supaya wewenang rejim itu dapat dihentikan.

Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha,
Pengerusi MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Yaman

Lebih sedekad konflik yang berterusan di Yaman telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jutaan kanak-kanak dan keluarga. Mereka bergelut untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan,

Seorang penaja. sebuah harapan

Setiap anak berhak membesar dengan kasih sayang, pendidikan dan kehidupan yang sempurna.Namun bagi ribuan anak yatim di Palestin, mereka terpaksa membesar dalam suasana peperangan, kehilangan

Projek telaga air bantu rakyat Gaza

Alhamdulillah, melalui Projek Kecemasan Pemulihan Infrastruktur Air, MyCARE telah berjaya menyiapkan sebuah telaga air baharu berkapasiti sederhana di kawasan Al-Amn Al-Aam, Utara Gaza.   Projek