Kempen Penajaan Anak Yatim MyCARE

Projek Penajaan Anak Yatim MyCARE merupakan program tajaan jangka panjang yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010. Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim yang menjadi mangsa peperangan, konflik kemanusiaan dan bencana di beberapa negara yang terjejas.

Sumbangan bulanan yang diberikan digunakan untuk menampung keperluan asas anak-anak yatim seperti makanan, pakaian dan pendidikan, sekali gus membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik di tengah-tengah cabaran yang dihadapi.

Alhamdulillah, sejak diperkenalkan, program ini telah membantu menaja sekitar 2,600 orang anak yatim, dengan jumlah agihan melebihi RM24 juta kepada penerima manfaat di negara-negara yang dilanda krisis kemanusiaan.

MyCARE kini menawarkan 6 pakej Penajaan Anak Yatim, iaitu:

 
– Anak Yatim Palestin: RM190/bulan | RM2,280/setahun
– Anak Yatim Syria: RM190/bulan | RM2,280/setahun
– Anak Yatim Filipina: RM125/bulan | RM1,500/setahun
– Anak Yatim Afghanistan: RM205/bulan | RM2,460/setahun
– Anak Yatim Lubnan: RM205/bulan | RM2,460/setahun
– Anak Yatim Yaman: RM205/bulan | RM2,460/setahun

Jadilah Penaja Anak Yatim Hari Ini.

Setiap tajaan akan menjadi sebahagiaan daripada usaha membina harapan serta memperkukuh masa depan anak-anak yatim yang memerlukan.

Daftar sebagai penaja melalui pautan di bawah:
https://mycare.qrd.by/sponsorshipyatim

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah