Kempen Kemanusiaan Afghanistan 2022

 

20 tahun dijajah. 20 tahun dinafikan hak kemanusiaan. 20 tahun menjadi pelarian di negara sendiri. 20 tahun ini rakyat Afghanistan merana kerana rejim Amerika.
 

Namun, adakah anda tahu bahawa sejak 40 tahun yang lalu, Afghanistan berada di dalam keadaan perang yang tidak pernah terhenti?
 

Akibatnya, hari ini dianggarkan terdapat 2.7 juta orang pelarian dalam negeri (Internally Displaced People) dari kalangan rakyat Afghanistan sendiri. Lebih teruk kalau diambil-kira sistem dan infrastruktur negara yang telah hancur sejak penaklukan Soviet pada 1979.
 

Apatah lagi keperluan kemanusiaan menjadi sangat kritikal seperti makanan, kesihatan dan pendidikan.
 

Kini mereka berada dalam keadaan yang meruncingkan. Duit tidak dapat dikeluarkan kerana bank-bank menghentikan operasi.
 

UN World Food Programme (WFP) telah memberi amaran pada Oktober lalu bahawa situasi di Afghanistan boleh menjadi ‘the world’s worst humanitarian crisis’ kerana hampir 23 juta orang akan kekurangan bekalan makanan.
 

Apa yang merisaukan adalah pelarian yang tinggal di khemah-khemah yang terpaksa menghadapi musim sejuk yang boleh mencecah suhu -20 Celsius.
 

Bagaimana bayi, anak-anak kecil dan orang tua berlapar di bawah kanvas khemah ketika musim sejuk ini?
 

Sehubungan dengan kempen Tabung Kecemasan Afghanistan yang lepas, MyCARE sekali lagi menganjurkan Kempen Kemanusiaan Afghanistan sekali gus akan melaksanakan Misi Kemanusiaan MyCARE ke Afghanistan tidak lama lagi.

 

Atas asas keimanan dan kemanusiaan, ayuh bersama kita membantu mereka membina kembali negara mereka melalui sektor kesihatan, makanan, pendidikan dan sebagainya.

 

Ayuh bersama ringankan beban mereka di:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
 

Rujukan: Afghanistan
 

Sila hantarkan maklumat ke email campaign@mycare.org.my atau Whatsapp ke wasap.my/60189089282
 

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

2 comments

  1. May Allah bless of all us. May Allah facilitate all your missions to help the Muslim brothers in the country of afghanistan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang