Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2025: Bersamamu Palestin

“Sukan Meraikan Persahabatan, Sukan Membina Semangat.”

 

Alhamdulillah, Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2025: Bersamamu Palestin telah berjaya dilaksanakan bermula jam 8.45 pagi hingga 4.00 petang, dalam suasana yang penuh semangat berdaya saing.

 

Tahun ini merupakan kejohanan kali kedua.

 

Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, membina sahsiah dan disiplin diri, serta mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan anak-anak yatim dan asnaf melalui aktiviti sukan yang sihat dan menghiburkan.

 

Pertandingan tahun ini melibatkan 17 buah pasukan, terdiri daripada 12 pasukan Kategori A (13–16 tahun) dan 5 pasukan Kategori B (9–12 tahun), yang mewakili rumah-rumah anak yatim serta pusat jagaan anak-anak Rohingya sekitar Selangor. Program ini berfungsi sebagai platform yang menyatukan peserta daripada pelbagai latar belakang melalui medium sukan futsal.

 

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Berhad turut menghantar tiga (3) pasukan untuk bertanding, iaitu:

 

MyCARE A – MyCARE Centre for Rohingya Education, Kulai
MyCARE B – Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin MyCARE, Serdang
MyCARE Jr – Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin MyCARE, Serdang

 

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha, Pengerusi MyCARE, manakala majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Roha Hassan, Pengurus Besar Operasi MyCARE.

 


 

 

 

 

 


 

 

 

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang terlibat atas semangat kesukanan, disiplin serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

 

Berikut adalah keputusan rasmi Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2025:

 

Keputusan Rasmi Kejohanan

 

Kategori A (13–16 tahun)

 

JOHAN: Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras (RKHPJ)
Naib Johan: MyCARE B
Tempat Ketiga: bersama
– Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya PERKIM
– Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa

 

Kategori B (9–12 tahun)

 

JOHAN: MyCARE Jr
Naib Johan: Rohingya Education Garden Puchong
Tempat Ketiga: Asrama Kasih Serendah YBK

 

Sabda Rasulullah S.A.W:
Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, namun pada kedua-duanya ada kebaikan.
(Riwayat Muslim, no. 2664)

 

Selaras dengan Hadith Rasulullah S.A.W yang menekankan kepentingan kekuatan fizikal sebagai sebahagian daripada keutuhan seorang Muslim. Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan generasi yang sihat tubuh badan, kukuh jati diri serta seimbang dari aspek rohani dan jasmani.

 

Teruskan sokongan anda melalui projek anak yatim dan asnaf MyCARE agar kita menjadi sebahagian daripada insan yang menghadirkan harapan dan membina masa depan mereka yang lebih cerah.

 

Salurkan sumbangan kepada anak yatim melalui:

 

Atau taja anak yatim secara bulanan atau tahunan di sini:

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Malapetaka 15 Mei 1948

An-Nakbah bermula pada tahun 1948, rentetan daripada pengisytiharan negara Israel. Secara paksa, lebih 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka, manakala ratusan bandar

Pakej Pilihan Palestin

78 tahun berlalu sejak tragedi Nakbah 1948, namun luka rakyat Palestin masih belum sembuh. Hingga hari ini, jutaan warga Palestin terus hidup sebagai pelarian, dinafikan

Car boot sale @ Kota Damansara

Kami sedang mengumpul barangan terpakai untuk dijual di Kota Damansara seperti tarikh di poster.Barangan terpakai yang kami sasarkan ialah seperti: Perkakas rumahBeg atau handbagMainan kanak-kanak

Ikuti perjalanan flotilla secara rasmi

Empat kapal FFC dengan 30 peserta dari 12 negara telah memulakan pelayaran dari Sicily.Freedom Flotilla Coalition menyeru komuniti antarabangsa, masyarakat sivil, dan pihak media agar