[Kecemasan] Bantuan Mangsa Banjir Myanmar

Pada 16 Oktober yang lalu, MyCARE berjaya melaksanakan agihan bantuan beras kepada komuniti Islam yang terjejas di Kyautaw, Myanmar. Agihan ini melibatkan 210 keluarga penerima manfaat dari 9 perkampungan Islam, di mana setiap keluarga menerima sekampit beras seberat 25kg.

 

Bantuan ini tertumpu kepada keluarga yang paling memerlukan: mereka yang kehilangan tempat tinggal, rumah yang rosak teruk akibat Taufan Yagi dan banjir besar, serta keluarga termiskin di kawasan tersebut.

 

Situasi di Myanmar semakin kritikal akibat banjir besar yang bermula sejak September 2024, yang setakat ini telah menjejaskan lebih 1 juta penduduk di 70 kawasan. Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan lebih 360 kematian dan 65,000 rumah rosak teruk.

 

Infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, sekolah, dan hospital turut terjejas, sekali gus menyukarkan usaha bantuan kemanusiaan untuk sampai ke kawasan yang paling memerlukan.

 


 

 

 

Ratusan ribu penduduk telah kehilangan punca rezeki mereka akibat kemusnahan ladang dan ternakan yang menjadi sumber utama pendapatan mereka. Seorang penerima bantuan menyatakan rasa syukurnya atas bantuan yang diterima, yang sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam masa yang sukar ini.

 

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha MyCARE untuk menyokong dan membawa kelegaan kepada mereka yang terjejas oleh krisis kemanusiaan di Myanmar.

 

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong projek ini. Semoga bantuan ini membawa sinar harapan dan meringankan beban mereka yang terjejas.

 

Bersama-sama, kita bantu mereka yang memerlukan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk