Rose2Rose sebagai agensi kemanusiaan di bawah MyCARE yang fokus memberi bantuan dan memartabatkan kaum wanita dan kanak-kanak telah mengadakan satu program Iftar Perdana buat pelarian Syria di Gaziantep, Turki. Sebanyak 50 buah keluarga ibu tungga dan anak yatim telah mendapat manfaat atas tajaan rakyat Malaysia.

Kegembiraan terserlah di wajah masing-masing apabila saudara-saudara mereka di Malaysia sentiasa menyokong mereka. Pihak Rose2Rose mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para dermawan yang telah menyumbang ke tabung MyRamadan 1439H.


مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!

Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan

Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592

Maklumkan ke emel:
[email protected] atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan

Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.

“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim

“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”