Tajaan iftar di Syria

https://www.facebook.com/i4syriahq/videos/1006891212803203/

 
Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi S.A.W.
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Alhamdulillah. Dengan mengambil fadhilat sunnah Rasulullah, program Iftar Perdana telah dilaksanakan bersama 250 orang pelarian Syria di beberapa kem iaitu:
1. Latakia – Kem pelarian Gesr Alshoghor
2. Idlib – Kem pelarian Atmeh
3. Hama – Kem pelarian Allatamneh
Selain itu, tajaan iftar telah diagihkan kepada pelarian-pelarian di:

  • 200 pek iftar sehari di Daret Aizah, Aleppo
  • 100 pek iftar sehari di Elhoteh, Aleppo
  • 100 pek iftar sehari di Ain Garah, Aleppo
  • 100 pek iftar sehari di Sarmada, Idlib
  • 200 pek iftar sehari di Bandar Idlib
  • 100 pek iftar sehari di Areha, Idlib
  • 200 pek iftar sehari di Elzrof, Latakya

Pelaksanaan iftar dilakukan oleh جمعية عطاء للإغاثة الإنسانية dengan kerjasama MyCARE. Tajaan iftar ini adalah tajaan dari rakyat Malaysia yang menyumbang dalam tabung MyRamadan 1439H.
JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan tahun ini. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari