Tajaan iftar di Pusat Komunti Wanita Rose2Rose di Antakya, Turki

Rose2Rose sebagai agensi kemanusiaan di bawah MyCARE yang fokus memberi bantuan dan memartabatkan kaum wanita dan kanak-kanak telah mengadakan satu program Iftar Perdana buat pelarian Syria di Pusat Komunti Wanita Rose2Rose, Hatay, Antakya, Turki. Penerima manfaat adalah anak yatim dan balu.
Kegembiraan terserlah di wajah masing-masing apabila saudara-saudara mereka di Malaysia sentiasa menyokong mereka. Pusat Komuniti Wanita Hatay di Antakya, Turki (berdekatan dengan sempadan Syria) mula beroperasi sejak tahun 2016 atas sumbangan rakyat Malaysia.



Lagi gambar-gambar di album Rose2Rose
Pihak Rose2Rose mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para dermawan yang telah menyumbang ke tabung MyRamadan 1439H.
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts: