Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi S.A.W.

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Alhamdulillah. Dengan mengambil fadhilat sunnah Rasulullah, program Iftar Perdana telah dilaksanakan untuk golongan asnaf terutamanya kanak-kanak dan wanita di dalam Syria. Program iftar ini berlangsung selama 2 hari telah dilaksanakan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama Syrian Women Association (SWA) untuk golongan asnaf di perkampungan Janudiah, Syria. Tajaan iftar ini adalah tajaan dari rakyat Malaysia yang menyumbang dalam tabung MyRamadan 1439H.

Lagi gambar-gambar di album Rose2Rose

JUTAAN TERIMA KASIH kepada para dermawan yang telah menyumbang ke tabung MyRamadan 1439H. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!

Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan

Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592

Maklumkan ke emel:
[email protected] atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan

Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.

“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim

“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”