Pek makanan untuk asnaf di Siraha, Nepal

Ramadan ini MyCARE bersama rakyat Malaysia sekali lagi menghulurkan bantuan merupai pek makanan kepada golongan asnaf (ibu tunggal, anak yatim, golongan miskin dan IDP). Dengan kerjasama NGO setempat, Health Services and Relief Association Nepal (HeSRA), MyCARE menyalurkan pek makanan kepada 65 buah keluarga asnaf di Siraha District. Sebelum ini, pek makanan juga diagihkan kepada golongan asnaf di Kathmandu District.
Para penerima manfaat begitu gembira sekali menerima perkongsian rezeki dari rakyat Malaysia. Mereka mengucapkan terima kasih dan mendoakan balasan terbaik buat para dermawan.


Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Nusantara Care, agensi kemanusiaan di bawah MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para dermawan yang telah menyumbang ke tabung MyRamadan 1439H. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa