Iftar Perdana untuk anak yatim dan balu Syria

Dapat merasai ayam ini sangatlah bertuah buat mereka. Mungkin bagi kita ayam seperti ini, lazatnya seperti dimasak restoran fast food telah menjadi kelaziman buat diri kita. Tetapi bagi pelarian-pelarian Syria, mereka telah lama memendam rasa dan menyimpan hasrat untuk merasa makanan yang enak dan lazat. Bagi mereka cukuplah sekadar dapat makan bagi meneruskan hidup.
Rose2Rose sebagai agensi kemanusiaan di bawah MyCARE yang fokus memberi bantuan dan memartabatkan kaum wanita dan kanak-kanak telah mengadakan satu program Iftar Perdana buat pelarian Syria di Antakya, Turki. Seramai 126 orang anak yatim dan balu telah menyertai acara iftar ini. Kegembiraan terserlah di wajah masing-masing apabila saudara-saudara mereka di Malaysia sentiasa menyokong mereka.




Lagi gambar-gambar di album Rose2Rose
Pihak Rose2Rose mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para dermawan yang telah menyumbang ke tabung MyRamadan 1439H. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan