Iftar Perdana bersama anak yatim & asnaf Syria

“Sesiapa yang memberi iftar (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala daripada pahala puasa orang yang berbuka itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”
(Riwayat at-Tirmizi)
 
Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan ia adalah masa yang tepat bagi kita membuat amal kebaikan.
 
Kali ini, MyCARE akan mengadakan Program Grand Iftar with Orphans & Asnaf pada 30 Mac 2024 bersamaan dengan 19 Ramadan 1445H. Program berbuka puasa ini akan disertai oleh 1,000 anak-anak yatim dan asnaf Syria.
 
Kami akan bawakan program ini kepada para penaja dan penyumbang secara langsung (live) menerusi media sosial MyCARE.
 
Setiap suapan, senyuman dan doa membawa makna bagi mereka yang kurang bernasib baik.
 
Para penaja dan dermawan yang ingin turut serta menaja iftar anak-anak yatim ini boleh menyalurkan tajaan tersebut dengan menekan link berikut dan memilih RM100 untuk tajaan iftar sekumpulan anak yatim ATAU sedekah Ramadan serendah RM20 untuk tajaan iftar seorang anak yatim:
https://mycare.qrd.by/myramadan
 
Manakala, untuk menaja anak yatim secara bulanan atau tahunan, boleh layari:
https://mycare.qrd.by/sponsorshipyatim
 
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan