Hari Terbuka MyCARE 2024

Burung terbang di celah awan,
Mekar harapan menyuluh cahaya.
Setiap sumbangan jadi harapan,
Meringankan beban insan sengsara.

 

Hari Terbuka MyCARE telah berlangsung dengan jayanya diiringi sambutan hangat daripada para tetamu. Seramai 37 orang individu telah hadir, termasuk penyumbang-penyumbang setia yang memainkan peranan penting dalam menyokong usaha kemanusiaan MyCARE.

 

Program dimulakan dengan perkongsian berkenaan cabaran dan kejayaan usaha kemanusiaan MyCARE oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin, Pengerusi MyCARE diikuti perkongsian perkembangan terkini projek penajaan anak yatim oleh Puan Roha Binti Hassan, Pengurus Besar Operasi MyCARE.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Turut serta Tuan Haji Kamarul Halim Sakrani, Pengurus Kanan Pembangunan Bantuan, Jaringan dan Outreach MyCARE, yang berkongsi perkembangan terkini projek-projek MyCARE di dalam dan luar negara dan diakhiri dengan perkongsian berkenaan perkembangan anak yatim Palestin oleh saudara Bassel Jammal, Public Relation Officer in Takaful for Child Welfare.

 

Program turut dimeriahkan dengan sesi soal jawab, jamuan tengah hari, dan cabutan bertuah sebagai penutup majlis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pihak MyCARE amat menghargai kehadiran semua tetamu yang hadir ke hari terbuka tersebut. Setiap sen, setiap doa, dan setiap sokongan adalah nyawa bagi ribuan jiwa di luar sana.

 

 

Marilah menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami yang membawa harapan kepada dunia.

 

Hati yang ikhlas pasti diberkati,
Sumbangan kecil membawa makna.
Mari teruskan langkah ini,
Bersama kita bina dunia penuh bahagia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk