Green Explorace with Orphan

DENGKIL, 16 November 2019 – Sempena World Orphans Day, MyCARE telah bersama 55 orang anak-anak yatim dan asnaf Rohingya dari Ethnic Rohingya Communitee of Arakan (ERCA), Tahfiz Al-Amin MyCARE dan Maahad Tahfiz Mahabbah Rohingya, Puchong dalam program Green Explorace with Orphan di Paya Indah Wetlands.

Anak-anak ini diberi tugasan untuk melalui pengembaraan explorace sebanyak 7 laluan checkpoints dan perlu menyelesaikan aktiviti seperti mini sukaneka, teka haiwan, jom kitar semula, kembara berhalangan dan banyak lagi sambil mengelilingi alam flora yang menghijau seiring dengan objektif pengembaraan ini adalah untuk mendidik anak-anak yatim mencintai alam sekitar, menjaga kebersihan dari membuang sampah merata-rata dan menyayangi haiwan ciptaan Tuhan.

Kegembiran jelas terlihat di wajah mereka ketika melihat haiwan badak air dan buaya yang terdapat di Paya Indah Wetlands tersebut bersama para sukarelawan yang membimbing dan membantu mereka dalam menyelesaikan tugasan walaupun perlu melalui panas terik matahari serta hujan.

Pihak MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penaja dari Paya Indah Wetlands kerana menaja tempat, Restoran Mohd Chan, Bandar Baru Bangi untuk tajaan makan tengah hari, Rumah Muffin untuk tajaan cenderahati dan Aisha Kidz Planet untuk tajaan maskot minion serta individu penaja yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program ini.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE

Terima kasih juga kepada semua sukarelawan yang membantu kami sepanjang program berlangsung dan telah mengerah tenaga dari awal persediaan, menyantuni anak-anak yatim ini sehinggalah mereka pulang ke madrasah masing-masing.

Untuk tajaan anak yatim, borang online boleh didapati di sini:

Sumbangan umum boleh dimasukkan atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592
JomPay Biller code – 6197

Hantarkan bukti pembayaran ke :
account@mycare.org.my / 013-744 4760 (WhatsApp).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah