[GempaTurkiye] KLSCAH ikrar sumbang RM200K untuk mangsa gempa

Kenyataan Media: Kutipan Derma Bantuan Kemanusiaan Bencana Gempa Bumi Syria dan Turkiye
 
Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud telah menggegarkan wilayah sempadan Syria dan Turkiye dan turut berlaku gempa susulan yang bermagnitud antara 5.0 dan 7.5.
 
Gempa bumi yang berlaku di Syria dan Turkiye dianggap sebagai gempa bumi paling kuat di rantau itu dalam satu abad dan jumlah mangsa yang terkoban dan tercedera telah mencecah melebihi 10,000 orang setakat hari ini.
 
Mesyurarat Exco Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) yang diadakan pada 8 Februari 2023 telah meluluskan usul bagi melancarkan kutipan derma bantuan kemanusiaan bencana gempa bumi Syria dan Turkiye dengan menetapkan sasaran sumbangan sebanyak RM200,000.00.
 

 

 

 

 
Sehubungan itu, KLSCAH telah melantik Naib Presiden, iaitu Encik Thay Peng Hong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Program Derma Bantuan Kemanusiaan Bencana Gempa Bumi Syria dan Turkiye.
 
KLSCAH akan bergading bahu dengan MyCARE yang berpengalaman dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah.
 
KLSCAH akan menyerahkan kutipan derma kepada MyCARE dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa Syria dan Turkiye melalui MyCARE.
 
Di samping itu, Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan KLSCAH juga akan menganjurkan konsert amal pada 26 Februari yang bertujuan untuk mengumpul sumbangan derma. Selain Koir KLSCAH, koir-koir dan penyanyi tempatan lain turut menyertai konsert ini.
 

 

 

 

 

 

 

 
KLSCAH berharap konsert ini dapat menyampaikan impak positif kepada penonton, agar mereka boleh menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa.
 
Tarikh akhir pengumpulan derma adalah pada 28 Februari 2023 dan sumbangan ini akan diserahkan kepada MyCARE secepat mungkin supaya bantuan dapat dijalankan dengan lancar.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan