ExploreTrip with Orang Asli ke Pusat Sains Negara

Alhamdulillah! Impian buat anak-anak Orang Asli telah menjadi kenyataan pada hari Sabtu lalu (17 Jun 2023) dengan penerokaan ke alam sains yang penuh ceria di Pusat Sains Negara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

 

Lawatan ini melibatkan 40 anak orang Asli dari Kampung Sungai Judah, Pulau Carey dan 16 orang sukarelawan yang berjiwa besar dan berhasrat menyantuni anak-anak ini meskipun berhadapan beberapa kesulitan yang mengakibatkan anak-anak ini kelewatan untuk masuk ke dalam Pusat Sains Negara.

 


 

 

 

 

Pengembaraan bermula dengan melalui zon akuarium yang dipenuhi dengan pemandangan hidupan ikan air tawar tropika bersama penyelam menyambut kedatangan kami. Keterujaan adik-adik ini berganda apabila memasuki alam Pameran Dinosaur Encounter hingga terasa seolah-olah berada di dalam movie “The Jurassic Park”.

 

Penerokaan interaktif sains dan teknologi diteruskan semasa melawati galeri dan pameran seperti Laluan ke Alam Sains dengan memahami prinsip asas sains, antaranya bidang biologi, fizik, kimia, sains tanah. Mereka turut terokai dunia mikro dan makro, Galeri Wonderspark. Di dalam galeri mereka belajar tentang sains di sebalik fenomena semulajadi berkenaan akua, cahaya dan angin, manakala di Galeri Eureka mereka dicabar minda untuk berfikir secara kreatif dan inovatif, I-Rays dan banyak lagi.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja dari kalangan individu penyumbang yang telah menaja tiket masuk, makanan dan minuman serta cenderahati untuk anak-anak ini.

 

Berbanyak ucapan terima kasih juga kepada pihak JAKOA atas kebenaran, juga pihak Kampung Sungai Judah, Pulau Carey dan Pusat Sains Negara di atas kerjasama yang baik serta sukarelawan yang membantu kami sepanjang program berlangsung dan telah mengerah tenaga dari awal persediaan, menyantuni anak-anak orang Asli ini sehingga mereka pulang.

 


 

 

 

 

 

 

 .

 

 

Semoga program ini dapat mengetengahkan motivasi dan minat adik-adik untuk meneroka sains teknologi dalam pembelajaran. Insya Allah.

 

Ayuh! Bantu kami dapat melaksanakan lebih banyak program.

 

Salurkan sumbangan anda ke:

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju