Delegasi MyCARE di World Humanitarian Summit Gaza – The Day After

Pada 29 dan 30 November 2024, delegasi MyCARE yang diketuai oleh Pengerusi MyCARE, Dato Seri Ir. Kamal Nasharuddin bersama CEO MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar serta 2 orang Ahli Pemegang Amanah MyCARE iaitu Dr. Fauziah Hasan dan Puan Norsham bt Abu Bakar telah menghadiri World Humanitarian Summit Gaza – The Day After di Istanbul, Turki yang dianjurkan oleh Alkhair Foundation dan Türkiye Diyanet Foundation.

 

Sidang kemuncak ini disertai oleh delegasi dari lebih 40 negara dengan fokus utama membincangkan penyelesaian segera terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

 

Sidang ini turut dirasmikan oleh HE Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Turki, di mana perbincangan menekankan pelbagai aspek krisis di Gaza termasuk genosid, kebuluran, kekurangan keperluan asas, sekatan hak asasi, serta pembersihan etnik yang terus menimpa rakyat Palestin.

 


 

 

 

 

 

Antara aktiviti utama ialah Round Table Discussions (RTDs) yang mengupas intervensi kemanusiaan dan respons kecemasan dalam empat kluster utama iaitu keselamatan makanan, kesihatan, perlindungan tempat tinggal, dan pendidikan.

 

Pengerusi MyCARE telah mengambil bahagian dalam perbincangan berkaitan pendidikan, mengusulkan langkah praktikal untuk memastikan generasi muda Gaza mendapat peluang pendidikan meskipun dalam situasi krisis.

 

Sidang kemuncak ini juga membuka peluang untuk membina rangkaian kemanusiaan, hubungan profesional, serta pertukaran maklumat dengan organisasi antarabangsa lain bagi memperkukuh kerjasama dalam membantu rakyat Palestin.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Kami di MyCARE menyeru masyarakat untuk terus menyokong usaha kemanusiaan ini melalui doa, sumbangan, dan penyebaran kesedaran. Bersama-sama, kita dapat membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Gaza.

 

Nurturing Humanity, Making a Difference.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan