[BreakTheSiege] Misi flotilla ditangguh lagi

Pelayaran Freedom Flotilla Coalition sekali lagi ditangguh walaupun kesemua dokumen dan persiapan untuk berlayar sudah siap sepenuhnya.

Pihak FFC menerima khabar berita bahawa pihak penguatkuasa Israel kini giat melakukan usaha-usaha sekatan bagi menghalang pelayaran kapal yang membawa 5,500 tan bantuan untuk penduduk di Gaza.

Israel kini sedang memberikan tekanan yang cukup hebat kepada negara Republik Guinea Bissau bagi menarik balik bendera serta penyertaan daripada kapal Akdeniz yang merupakan kapal utama yang digunakan dalam misi kali ini.

Keadaan ini telah mencetuskan permintaan untuk melaksanakan pemeriksaan tambahan yang menyebabkan tertangguhnya perlayaran FCC yang dijadualkan berlayar pada 26 April 2024.

Ini merupakan sebuah lagi bukti jelas bahawa Israel dengan jelasnya menghalang penghantaran bantuan yang amat mendesak kepada penduduk Gaza yang kini menghadapi bencana kebuluran.

Ini bukanlah kali pertama Israel menggunakan strategi licik untuk menghentikan usaha FFC daripada berlayar demi misi kemanusiaan ke Gaza.

Memetik kata-kata wakil rasmi FFC,

“Kapal kami telah lulus semua pemeriksaan yang diperlukan dan kami yakin Akdeniz akan lulus pemeriksaan ini asalkan tidak ada campur tangan politik.”

“Untuk itu, kami menjangkakan perkara ini akan dapat diatasi dalam tempoh beberapa hari mendatang dan mereka perlu tahu bahawa cubaan seperti ini tidak akan mematahkan tekad dan semangat kami untuk membantu penduduk di Gaza.”

Ikuti perkembangan terkini misi flotilla Break the Siege di saluran media MyCARE.

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju